[PARLIMEN] Apa jaminan kerajaan RMK12 boleh dicapai? - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Apa jaminan kerajaan RMK12 boleh dicapai?

TONY PUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tony Pua (DAP-Damansara) mempersoal sejauh mana keyakinan kerajaan dalam menjamin Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dapat dicapai.

Ini kerana jelas beliau, 80 peratus daripada cadangan itu adalah pelan yang sama dibentangkan ketika RMK10 dan RMK11, namun, ia gagal dicapai.

“Siapa akan menolak cadangan-cadangan RMK12 yang berbunyi seperti ‘meningkatkan daya saing industri halal bagi merebut peluang pasaran halal global yang lebih besar’? atau merangsang industri E&E kepada rantaian nilai yang lebih tinggi melalui aktiviti reka bentuk dan pembangunan, serta pembuatan front end’?

“Apakah faktor yang akan menjamin kejayaan RMK12 berbanding dengan RMK-RMK sebelum ini yang telah gagal mencapai matlamat yang sama? Apakah polisi spesifik yang akan dilaksanakan yang berbeza dengan tahun-tahun yang lalu? “ soalnya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Berikutan itu, tegas Pua lagi, kerajaan harus meneliti sebab utama RMK sebelum ini gagal dilaksana supaya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob boleh meneruskan misi mencapai segala apa yang dirancang.

“Hanya dengan fahaman sebab dan punca kegagalan, kerajaan dapat mengubah atau memperhaluskan dasar-dasar untuk menyempurnakan penyampaian dan menjayakan RMK12,” ujarnya lagi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN