Agong puas hati lawatan ke UK - Utusan Malaysia

Agong puas hati lawatan ke UK

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa puas hati selepas mengadakan lawatan khas ke United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa puas hati dan sukacita dapat bertemu diaspora Malaysia di UK dengan menyifatkan sebagai peluang penting bagi mengetahui kebajikan serta perkembangan rakyat.

” Sesi pertemuan diaspora Malaysia di United Kingdom telah dibahagikan kepada dua yang pertama di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London pada 24 September dan kedua di The Shire, London pada 26 September

“Sesi di The Shire, London turut melibatkan kehadiran rakyat Malaysia yang berada di luar ibu kota London, termasuk dari Liverpool, Manchester dan Wales,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lawatan Khas ini merupakan yang kedua bagi Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke UK sejak Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Lawatan Khas yang pertama telah diadakan pada bulan Disember 2019 selama tujuh hari bermula pada 9 Disember 2019. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN