93,262 remaja Terengganu divaksin akhir bulan ini - Utusan Malaysia

93,262 remaja Terengganu divaksin akhir bulan ini

ADHAM Baba (dua dari kanan) memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja yang menghidap 'Cerebral Palsy', Jasni Azmil Abdullah di Taman Paloh Jaya di Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Proses vaksinasi Covid-19 membabitkan seramai 93,262 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negeri ini dijangka bermula akhir bulan ini.

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, langkah itu akan digerakkan secepat mungkin di sekolah-sekolah sejurus selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) membabitkan golongan dewasa selesai.

 

Katanya, berdasarkan rekod 10 September lalu, sebanyak 66.73 peratus populasi dewasa di Terengganu sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala satu dos pula lebih 90.03 peratus.

 

“Sasaran 80 peratus imuniti kelompok di Terengganu bakal dicapai sebelum akhir bulan September dan perkembangan itu memberi petanda pelaksanaan vaksin kepada remaja.

 

“Saya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan untuk memulakan vaksinasi kepada golongan remaja di Terengganu seawal mungkin, pada hujung bulan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach di Taman Desa Paloh di sini hari ini. 

 

Terdahulu, beliau memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja yang menghidap ‘Cerebral Palsy, Jasni Azmil Abdullah, 23.

 

Dalam perkembangan sama, Adham berkata, sejumlah 643,187 dos vaksin Covid-19 akan dihantar secara berperingkat ke Terengganu pada bulan ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya