600 anggota pematuhan pantau destinasi pelancongan di Terengganu - Utusan Malaysia

600 anggota pematuhan pantau destinasi pelancongan di Terengganu

ROHAIMI Md. Isa (kanan) menerangkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 PPN kepada kakitangan Redang De’Rimba Resort di Pulau Redang di Kuala Nerus, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 600 anggota pasukan pematuhan dan pemantauan diarahkan meronda di destinasi pelancongan di negeri ini susulan peralihan Terengganu ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, jumlah itu membabitkan kekuatan 423 polis di samping 177 agensi di lokasi tumpuan ramai seperti pulau peranginan, pantai dan hutan lipur di seluruh negeri.

 

“Kita dalam usaha menambah lagi keanggotaan kerana jumlah sedia ada tidak cukup untuk menampung bilangan pelancong yang makin meningkat.

 

“Dengan penutupan sekatan jalan raya (SJR), sekali gus akan membolehkan lebih ramai anggota dikerah bagi membantu aktiviti pemantauan di lokasi tumpuan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 PPN kepada penggiat pelancongan di Pulau Redang di sini hari ini.

 

Sementara itu, pengusaha bot pelancong, Mohammad Amri Mad Adek, 28, berharap orang ramai mematuhi SOP ditetapkan bagi membendung penularan virus Covid-19.

 

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan Pulau Redang kekal zon hijau sekali gus membolehkan mereka kembali mencari rezeki dengan kedatangan pengunjung. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN