5,000 peluang pekerjaan tahun hadapan menerusi program, inisiatif MOSTI - Utusan Malaysia

5,000 peluang pekerjaan tahun hadapan menerusi program, inisiatif MOSTI

DR. ADHAM Baba Dr. Adham Baba bergambar ketika melawat Projek Ruang Reka Komuniti Taman Rasa Sayang di Senawang, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 5,000 peluang pekerjaan disasar untuk diwujudkan melalui pelbagai program dan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

 

Peluang pekerjaan itu termasuklah penumpuan dalam bidang ‘deeptech dan future skills’ yang memainkan peranan penting bagi memacu pertumbuhan baharu dan moden menjelang tahun depan. 

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tumpuan itu juga akan mempercepatkan penerapan teknologi seperti Artificial Intelligence (AI), automasi dan dron dalam usaha mendapat peluang pekerjaan serta meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia. 

 

“Untuk makluman, seramai 4,145 individu dalam bidang ‘deeptech’ berjaya mendapat pekerjaan melalui program dan inisiatif MOSTI antara 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

 

“Kami yakin dapat mencapai 4,700 peluang pekerjaan melalui inisiatif dan pada tahun depan kami menyasarkan dapat mencipta sebanyak 5,000 peluang pekerjaan melalui program dan insiatif MOSTI,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ruang Reka (Hab Reka Cipta, Teknologi dan Inovasi), Taman Rasa Sayang, Senawang di sini hari ini.

 

Menurut beliau lagi, kehadiran pandemik Covid-19 membuka ruang yang lebih meluas untuk transformasi ekonomi digital dan teknologi teras dalam negara. 

 

“Menyedari manfaat yang terbentang luas itu, lebih ramai bakat atau tenaga kerja terutamanya yang terkesan dari pandemik ini menjalani kursus pemahiran semula agar mereka kekal relevan dan kompetitif termasuk dalam bidang teknologi baharu muncul (emerging technologies)

 

“MOSTI yakin trajektori permintaaan terhadap bakat dan tenaga kerja , teknologi dan inovasi akan bertambah pesat dalam mengharungi Covid-19 dan pasca pandemik nanti” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN