485 guru KAFA, pegawai masjid, jurunikah diarah vaksin esok - Utusan Malaysia

485 guru KAFA, pegawai masjid, jurunikah diarah vaksin esok

MOHD. SHAHZIHAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 485 guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), pegawai masjid dan jurunikah diarah untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 pada esok.

Program vaksinasi khas itu dijadualkan berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan itu kepada semua individu berkenaan.

“JAIS tidak bertindak kejam kerana masih memberi ruang dan masa kepada individu tersebut sebelum ini.

“Namun, jika alasan mereka tidak dapat diterima untuk mengambil vaksin, maka tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua guru KAFA, pegawai masjid dan jurunikah berkenaan supaya hadir mendapatkan suntikan vaksin.

Pada 2 September lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap segelintir rakyat negeri itu yang menolak vaksin Covid-19 dan menyifatkannya sebagai usaha menggagalkan capaian imuniti kelompok.

Seramai 562 orang di Selangor dikenal pasti masih belum dan sebahagian kecil enggan menerima suntikan vaksin walaupun kempen pemberian vaksin galak dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Daripada jumlah itu, dalam sektor pendidikan seramai 268 adalah guru sekolah kebangsaan, sekolah menengah (182) dan guru KAFA (95).

Bagi kategori guru KAFA, seramai 326 orang dikenal pasti belum menerima suntikan vaksin manakala dalam sektor pengurusan agama Islam, seramai 17 orang dilapor enggan menerima vaksin iaitu pegawai masjid (11) dan jurunikah (enam).

JAIS kemudian memaklumkan pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan menguruskan satu program vaksinasi khas pada hari dan masa yang ditetapkan.

Satu arahan rasmi secara bersurat dikeluarkan kepada semua individu berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.