323,000 penerima dos ketiga vaksin di Terengganu - Utusan Malaysia

323,000 penerima dos ketiga vaksin di Terengganu

KASEMANI EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Pemberian dos ketiga vaksin Co­vid-19 di negeri ini akan melibatkan seramai 323,000 penerima.

 

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 31,000 merupakan petugas barisan hadapan kesihatan diikuti 104,000 warga emas dan 188,000 golongan komorbiditi.

 

“Pemberian dos ketiga ini akan dimulakan selepas kita menerima arahan pelaksanaannya di peringkat negeri.

 

“Proses suntikan berkenaan dijangka dilakukan di pusat pemberian vaksin (PPV) klinik kesihatan atau hospital memandangkan PPV awam dan integrasi akan ditutup pada 15 Oktober depan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau program vaksinasi Covid-19 Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

 

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, garis panduan mengenai proses agihan dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19 bakal dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) minggu depan.

 

Katanya, ketika ini panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos berkenaan.

Dalam pada itu, Kasemani memberi jaminan Terengganu tidak mempunyai sebarang masalah berhubung bekalan vaksin bagi pemberian dos ketiga kerana mempunyai jumlah yang mencukupi. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya