2,236 barang kes bernilai RM150,000 dilupuskan - Utusan Malaysia

2,236 barang kes bernilai RM150,000 dilupuskan

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak 2,236 peralatan perjudian, pelacuran dan rokok tidak bercukai bernilai RM 150,000 dilupuskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

 

Kesemua barangan terbabit merupakan rampasan kes berkaitan di sekitar daerah Cheras.

 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Idzam Jaafar berkata, semua barang kes yang dilupuskan itu membabitkan 86 kertas siasatan jenayah yang dibuka pihaknya sebelum ini.

 

 Kata beliau, antara yang dilupuskan hari ini membabitkan adalah unit pemprosesan komputer (CPU), komputer, pelincir, tuala dan rokok.

 

 “Semua barangan ini dirampas menerusi pelbagai operasi yang dijalankan pada tahun 2019 dan 2020z

 

“Daripada 86 kertas siasatan itu, sebanyak 72 sudah didakwa dan bakinya masih dalam siasatan,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

 

Mengulas lanjut, kata beliau, pelupusan barang itu dilakukan selepas semua kertas siasatan sudah berjaya dituduh dan dijatuhkan hukum oleh pihak mahkamah selain tiada tindakan lanjut.

 

Ujar beliau, proses melupuskan barang ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya lambakan serta kesesakan bagi kes yang sudah selesai.

 

 “Kami memandang serius sebarang aktiviti membabitkan jenayah perjudian dan pelacuran.

 

“Justeru itu, orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah berkenaan dengan menghubungi mana-mana Ketua Polis Balai atau menerusi bilik gerakan IPD Cheras,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN