18,837 pesalah dadah ditangkap Polis Johor tahun lalu - Utusan Malaysia

18,837 pesalah dadah ditangkap Polis Johor tahun lalu

AYOB Khan Mydin Pitchay (kanan) pada sidang akhbar di IPK Johor di Johor Bahru. -UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor menunjukkan komitmen tinggi dalam membanteras jenayah berkaitan dadah apabila merekodkan jumlah tangkapan tertinggi antara kontinjen membabitkan seramai 18,837 tangkapan pada tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 8,390 kes adalah bagi kesalahan memiliki dan membekal dadah.

Katanya, tangkapan yang dibuat itu turut melibatkan 15 sindiket yang berjaya ditumpas pada tahun lalu.

“Untuk tahun lepas kita telah buat tangkapan membabitkan seramai 18,837 orang yang mana jumlah tertinggi antara kontinjen. Daripada jumlah itu, bagi kesalahan memiliki dan membekal adalah sebanyak 8,390. 

“Tahun ini pula tangkapan setakat ini sahaja adalah 9,506 individu dan daripada jumlah itu 5,016 adalah bagi kesalahan memiliki dan membekal dadah.

“Jadi, kita lihat daripada peratusan kes yang dituduh juga telah meningkat. Setakat September ini, sebanyak 70 peratus kes sudah dituduh di mahkamah membabitkan 16 sindiket,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. 

Ayob Khan berkata, peratus kes yang dituduh itu mencatatkan peningkatan berbanding 51 peratus pada tahun lalu. 

Katanya, statistik ini menunjukkan kesungguhan Polis Johor dalam memerangi jenayah dadah hingga memastikan suspek dihadapkan ke muka pengadilan.

“Kes dadah ini melibatkan tempoh masa yang panjang, bukan tangkap hari ini dan esok sudah boleh dituduh. Untuk menyelesaikan kes ini, mungkin makan masa bertahun-tahun,” katanya. 

Sejak Januari lalu, sebanyak 10.91 tan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM352 juta telah dirampas. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya