23,469 kes sembuh atasi 14,954 kes positif - Utusan Malaysia

23,469 kes sembuh atasi 14,954 kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus menjadi penyumbang tertinggi iaitu 13 daripada 19 kluster Covid-19, hari ini, dengan Pahang menjadi penyumbang terbanyak, empat kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain tempat kerja, komuniti mencatatkan empat kluster manakala pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing satu kluster.

“Kluster tempat kerja melibatkan empat di Pahang, tiga di Johor, dua di Perak manakala Kedah, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster.

“Komuniti pula, Johor, Pahang, Selangor dan Kelantan, masing-masing satu kluster, manakala pusat tahanan, satu di Pulau Pinang dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 14,954 kes berbanding semalam, 15,549 kes sekali gus diatasi kes sembuh, 23,469 kes dengan 1,194 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 665 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Katanya, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 2,707 kes diikuti Selangor (2,028), Johor (1,948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259) dan Perak (1,222). 

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kedah (809), Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207) dan Negeri Sembilan (144). 

“Perlis mencatatkan 76 kes dan Putrajaya, 19 kes manakala Labuan tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya. 

Sementara itu, dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 109 kes manakala kelmarin, yang berubah kepada 134 kes berbanding 108 kes yang dilaporkan semalam.

Rekod terbabit adalah setakat jam 7 petang, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my, jumlah kematian sebenar pula, masih belum dikemaskini di mana rekod terakhir adalah sebanyak 19 kes, kelmarin. 

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan, sebanyak 324 kes berbanding semalam, 388 kes. 

Jumlah kematian menjadikan jumlah terkini sebanyak 23,067 kes. 

Sebanyak 70 daripada 324 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,327 kes. 

Seramai 1,165 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 690 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP). 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 146 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 13 kes diikuti Johor (54/30), Pulau Pinang (25/18), Kedah (24/7),  Perak (15/7), Sabah (13/12), Kelantan (12/5), Sarawak (11/4), Kuala Lumpur (7/3), Melaka (7/3), Pahang (5/4), Negeri Sembilan (5/1), Terengganu (0/2) dan Perlis (0/1). 

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya