Video tular arwah Aming pernah dikongsi Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Video tular arwah Aming pernah dikongsi Perdana Menteri

Gambar Allahyarham adik Aming yang dimuat naik dalam Facebook Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kanak-kanak berasal dari Tawau yang tular dalam media sosial menerusi videonya yang menasihatkan orang ramai menjaga prosedur operasi standard (SOP) dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Muhammad Aming Salleh Abdullah yang berusia lapan tahun difahamkan mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum meninggal dunia di kediamannya.

Video tular Aming pernah dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjadi Menteri Kanan (Keselamatan) sebelum ini.

Video yang sarat dengan unsur nasihat itu meminta orang ramai mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka dimuat naik melalui hantaran Facebook miliknya pada 27 Oktober tahun lalu dan diulang siar dalam media sosial.

Ibunya, Santi Sabri, 33, berkata, anak bongsunya itu tiba-tiba mengadu sesak nafas awal pagi tadi dan tidak lama selepas itu dia terus meninggal dunia.

“Anak saya itu seorang yang aktif dan berada dalam keadaan sihat sahaja sebelum ini dan dia tidak dijangkiti Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Santi amat tersentuh kerana anaknya itu sempat meninggalkan pesanan terakhir agar beliau menutup aurat dengan sempurna sebagai seorang wanita muslim.

“Dia pesan kepada saya supaya tutup aurat rapat-rapat supaya bapa tidak menanggung dosa. Saya tidak sangka anak saya pergi begitu sahaja,” katanya.

Namun, Santi merasa bersyukur kerana beliau dan suaminya berada di sisi Aming sebelum anaknya itu menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah anaknya akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Titingan selepas proses pengurusan jenazah selesai.

Melalui hantaran Facebook Perdana Menteri sebentar tadi, beliau menerima perkhabaran sedih mengenai pemergian Allahyarham adik Aming dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Saya pernah membuat hantaran dalam media sosial berkenaan pesanan yang baik-baik disampaikan oleh Allahyarham adik Aming pada 23 Januari. Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya