PETALING JAYA: Kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan perlu bertindak segera bagi meluluskan kemasukan vaksin baharu Nano NC-SARS-Cov-2 I COVID-19 Vaccine. Ini berikutan sebuah syarikat pengeluar bahan perubatan berpengkalan di Texas, Amerika Syarikat, Nano Cures Inc. telah berjaya menghasilkan sejenis vaksin yang bukan sahaja dapat melawan jangkitan Covid-19 biasa malahan untuk melawan varian-varian baharu seperti Delta. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) A4S Traders, syarikat yang terlibat dalam pengedaran perubatan dan farmasi, Aznol Hanim…










