Tart Jalur Gemilang zahir semangat patriotik - Utusan Malaysia

Tart Jalur Gemilang zahir semangat patriotik

TART keju ‘Merdeka’ dihasilkan Marlia Ismail di kedainya di Taman Wira Perdana, Gua Musang. – MINGGUAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pengusaha bakeri menzahirkan rasa kecintaan dan semangat patriotiknya kepada negara dengan cara menghasilkan tart keju gergasi bercorak Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

Marlia Ismail, 35, berkata, kuih tersebut ditawarkan kepada orang ramai yang membuat tempahan dan juga mereka yang berminat dengan tart itu.

“Ini merupakan kali pertama saya menghasilkan tart keju gergasi sempena Hari Kebangsaan kerana sebelum ini saya berpengalaman menghasilkan kek bercorak Jalur Gemilang,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di kedainya di Taman Wira Perdana di sini semalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurutnya, biarpun Hari Kebangsaan tahun ini disambut sederhana akibat pandemik Covid-19, dia telah menerima tempahan 200 set tart keju gergasi yang setiap satunya seberat 500 gram.

“Saya sanggup bersengkang mata mempelajari teknik membuat corak Jalur Gemilang yang betul menerusi laman sosial Youtube bagi menghasilkan tart keju gergasi itu.

“Saya memang tidak pernah mengikuti mana-mana kelas membuat tart keju secara profesional sebelum ini, kerana pada mulanya ia hanya sekadar hobi mengisi masa lapang sebagai suri rumah sebelum saya membuka kedai bakeri sendiri,” katanya.

Marlia berkata, setiap hari dia mampu menyiapkan lima set tempahan tart keju gergasi.

Katanya, tart keju gergasi itu dijual pada harga RM65 bagi setiap satu dan akan dihantar juga kepada pelanggan di sekitar bandar Gua Musang bagi memudahkan orang ramai ketika tempoh pandemik Covid-19.

“Proses menyiapkan dan menghias setiap tart keju gergasi itu mengambil masa sehingga tiga jam mengikut corak permintaan serta disukai pelanggan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN