fbpx

23 September 2021, 7:00 am

Sembilan lelaki ditahan bersama wang taruhan lumba haram

Motosikal antara kenderaan yang disita kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti lumba haram di Tawau, Sabah semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti lumba haram ditahan dan dikompaun dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar Jalan Apas-Balung, semalam.

Kesemua individu yang berusia 18 hingga 30 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau antara pukul 4 pagi hingga 10.30 pagi.

PETER UMBUAS

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Peter Umbuas  berkata, tujuh daripada sembilan individu yang ditahan itu kemudian dibebaskan setelah dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, dua individu lagi ditahan bagi membantu siasatan kerana membawa kenderaan iaitu kereta dan motosikal dengan kelajuan yang tinggi dan berbahaya.

Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM10,437.50 yang disyaki sebagai wang pertaruhan bagi aktiviti lumba haram berkenaan.

Kesemua individu berkenaan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut dan tujuh kenderaan termasuk dua motosikal, tiga kereta dan dua pacuan empat roda turut disita.

Peter berkata, tujuh individu yang ditahan mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan telah dibebaskan selepas dikompaun.

Menurutnya, seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang membawa kenderaan dengan kelajuan yang tinggi dan berbahaya masing-masing ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Sekseyn 81 (1) APJ 1987.- UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI