Saya orang kerajaan - Ahli Parlimen Jasin - Utusan Malaysia

Saya orang kerajaan – Ahli Parlimen Jasin

AHMAD Hamzah (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin kepada Pengerusi Persatuan Penarik Beca Pulau Pinang, Abdul Latiff Mohd. di Wisma Anak Yatim Lelaki Pulau Pinang, Ayer Itam, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: “Saya orang kerajaan, saya akan tetap taat dan setia kepada kerajaan.”

Demikian reaksi Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah ketika diminta mengulas mengenai pelawaan rentas parti daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada parti-parti di luar Perikatan Nasional (PN) untuk membantunya meraih undi percaya di Parlimen September ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI), berkata, beliau juga tidak dapat memberi komen dengan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan memandangkan beliau sedang berada dalam tugasan rasmi kementerian.

“Saya turun ke Pulau Pinang dan datang atas urusan rasmi kerajaan, saya tak dapat beri komen apa-apa.

“Saya orang kerajaan, saya akan tetap taat dan setia kepada kerajaan,” katanya selepas menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin di Wisma Anak Yatim Lelaki Pulau Pinang di Ayer Itam, di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan pelawaan rentas parti kepada parti-padti di luar PN untuk membantunya meraih undi percaya di Parlimen September ini.

Dalam perutusannya, Muhyiddin menyatakan tujuh tawaran kepada ahli Parlimen pembangkang bagi meraih sokongan supaya kerajaan PN kekal berfungsi.

Dalam pada itu Ahmad berkata, secara keseluruhannya sehingga 8 Ogos, seramai 71,491 penerima di 440 lokasi di seluruh negara menerima manfaat di bawah program MAFI Prihatin.

“Sebanyak 1.5 metrik tan sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri makanan disumbangkan bagi bantuan MAFI Prihatin yang memberi manfaat kepada 500 penerima di Pulau Pinang.

“Penerima sumbangan kali ini terdiri daripada ahli dan penghuni pelbagai badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Wisma Anak Yatim Lelaki Pulau Pinang, Persatuan Ibu Tunggal Pulau Pinang dan lain-lain lagi,” katanya.

Tambahnya, sumbangan berbentuk hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan itu merupakan kesinambungan program MAFI Prihatin untuk membantu meringankan beban rakyat serta petani yang terkesan akibat Covid-19. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN