Perbaharui pemikiran, tindakan untuk cemerlang-Sultan Selangor - Utusan Malaysia

Perbaharui pemikiran, tindakan untuk cemerlang-Sultan Selangor

SULTAN Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam memperbaharui azam mengubah cara berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat kecemerlangan hidup.

Baginda dalam satu kenyataan bertitah, umat Islam perlu mencontohi sifat terpuji Nabi Muhammad SAW dengan membuang segala sikap negatif dalam diri.

“Ini termasuk sifat hasad dengki dan fitnah-memfitnah yang dilakukan antara satu sama lain terutama di media sosial.

“Ia boleh meruntuhkan perpaduan sesama ummah dan memberi kesan yang buruk terutama kepada generasi akan datang,” titah baginda bersempena sambutan Maal Hijrah 1443M.

Di samping itu, ucapan itu turut dizahirkan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Titah Sultan Sharafuddin lagi, segala perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran dan sifat tercela juga perlu dijauhi.

“Ia seperti berdusta, khianat, menyembunyikan kebenaran dan menyebarkan berita palsu yang merupakan sifat orang munafik.

“Beta berharap sambutan Maal Hijrah kali ini dihayati dengan penuh kesedaran dan kefahaman mengenai pentingnya penghayatan nilai murni di dalam Islam diterjemah kepada setiap aspek kehidupan,” titahnya

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin turut menyeru umat Islam berdoa semoga negara ini sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT.

“Semoga kita dijauhkan daripada wabak penyakit dan kekal hidup dalam suasana aman, makmur dan sejahtera,” titahnya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN