Pengurus Felda direman lima hari - Utusan Malaysia

Pengurus Felda direman lima hari

SEORANG Pengurus Felda direman lima hari di Mahkamah Majistret di Kuantan, Pahang bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa. - FOTO/IHSAN SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pengurus Felda direman lima hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perolehan Rancangan (JKPR) berkaitan projek pertanian bernilai RM64,739.

Lelaki berusia 38 tahun itu disyaki melantik syarikat yang mempunyai kepentingan dengan dirinya bagi projek berkenaan.

Dia ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kira-kira pukul 7 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Perintah reman selama lima hari sehingga 8 Ogos ini dikeluarkan Penolong Pendaftar Puan Humairah Km Haider.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim, mengesahkan penahanan itu dan berkata, individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya