Pemandu teksi limosin LTAKK terlibat amuk meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pemandu teksi limosin LTAKK terlibat amuk meninggal dunia

Kejadian seorang pemandu teksi limosin lapangan terbang yang berang selepas barisannya dipotong merempuh kenderaan lain di LTAKK (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pemandu teksi limosin yang mengamuk lalu merempuh tiga kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada bulan lalu dilaporkan meninggal dunia akibat masalah kesihatan.

Pemandu yang dikenali sebagai Ng Chin Seng, 65, dipercayai meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang dan masalah kesihatan lain pada Isnin.

Presiden Persatuan Limosin dan Teksi KKIA, Shamsuddin Mohd Shah berkata, wakil persatuan akan mengunjungi rumah mendiang esok untuk memberikan penghormatan terakhir.

“Saya mengetahui tentang rakan kami itu meninggal dunia daripada pemandu lain.

“Kami tahu kesukaran yang dihadapi oleh Ng dan kami cuba sedaya upaya untuk membantu apatah lagi, selepas dia berpisah daripada keluarganya dan tinggal berasingan,” katanya.

Shamsuddin turut memaklumkan bahawa pemilik kenderaan yang dirempuh juga tidak mengambil tindakan terhadap mendiang selepas insiden amuk di KKIA pada 19 Julai lalu.

Kesemua pemandu limosin di KKIA faham tekanan emosi yang dihadapi oleh mendiang kerana semua terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Shamsuddin meminta kerajaan untuk memberi perhatian terhadap masalah dihadapi persatuan itu kerana kebanyakan pemandu teksi kehilangan sumber pendapatan dan terjejas akibat pandemik.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN