Pantau kesihatan keluarga - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Pantau kesihatan keluarga – Raja Muda Perlis

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (kiri) selepas berkenan menyampaikan agihan zakat MAIPs di Masjid Al Rashid, Kampung Kubang Perun, Chuping, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Ketua keluarga dinasihatkan sentiasa memantau status kesihatan diri dan ahli keluarga masing-masing bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pemantauan berterusan itu penting meskipun Perlis sudah beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Titah baginda, pastikan ahli keluarga menjaga kebersihan diri dan persekitaran rumah, menjaga penjarakan sosial dan segera mendapatkan rawatan jika bergejala.

“Pada masa sama, hadkanlah kehadiran pelawat ke rumah terutamanya yang tidak dapat dipastikan status kesihatan. Malah, tangguhkan sebarang majlis perhimpunan keluarga atau kenduri buat seketika.

“Penjagaan khusus juga hendaklah diberikan kepada ahli keluarga yang terdiri daripada golongan warga emas dan berpenyakit kronik kerana mereka ini boleh mendapat komplikasi teruk jika dijangkiti Covid-19,” titah baginda.

Baginda yang merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan bantuan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 30 asnaf terpilih dalam kalangan kariah Masjid Al Rashid, Kampung Kubang Perun, Chuping di sini hari ini.

Agihan keseluruhan bernilai RM21,000 itu diserahkan kepada amil masjid tersebut, Abdul Latif Ali untuk diagihkan kepada asnaf terbabit dengan masing-masing menerima RM700.

Hadir mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Alhabshe.

Agihan tersebut juga bersempena program MAIPs peduli menjejaki dan menyantuni asnaf bilangan ke-38 2021. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya