[Versi kemas kini) Nadir al-Nuri, Caprice akan beri kerjasama dengan PDRM - Utusan Malaysia

[Versi kemas kini) Nadir al-Nuri, Caprice akan beri kerjasama dengan PDRM

NADIR AL-NURI (kiri) dan CAPRICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman telah dihubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta kerjasama berhubung siasatan kenyataan terhadap pendakwah terkenal Ebit Lew.

Peguamnya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata sehubungan itu anak guamnya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis berhubung siasatan berkenaan.

“Nadir Al-Nuri, sudah dihubungi oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, hari ini dan anak guam kami sudah pun memaklumkan untuk memberi kerjasama dalam siasatan tersebut.

“Walaubagaimanapun sebagaimana diketahui umum, anak guam kami (dan orang lain juga) menghadapi kesukaran untuk keluar dari Gaza, Palestin, dan masuk semula jika beliau keluar buat masa ini disebabkan sempadan keluar dan masuk Gaza dikawal ketat oleh pihak berkuasa memandangkan situasi terkini di Palestin,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Zainul Rijal anak guamnya kini sedang melanjutkan pengajian di Gaza dan melaksanakan pelbagai aktiviti masyarakat sivil membantu warga Gaza di sana, khususnya bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia.

“Anak guam kami sedia memberi kerjasama dalam apa juga keterangan yang dibuat mengikut undang-undang demi membantu keadilan dilaksana.

“Sehingga kini anakguam kami masih belum mengetahui butiran laoran polis yang dibuat oleh pihak terbabit secara terperinci,” katanya.

Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan hari ini adalah bagi menafikan dakwaan yang tular yang menyatakan anak guamnya itu tidak membalas pesanan telekomunikasi yang dihantar oleh pihak polis sehingga terpaksa meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol)

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Caprice atau Ariz Ramli berjaya dihubungi dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol).

“Penyanyi itu baru berhubung dengan pegawai penyiasat setelah pihak Interpol menghubunginya.

“Selain itu, kita dimaklumkan Nadir iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) itu bersedia untuk memberi kerjasama yang sewajarnya,” katanya di sini hari ini.

Polis semalam memohon bantuan Interpol untuk mengesan Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat pendakwah Ebit Lew.

Ebit membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadapnya menerusi laman sosial dipercayai turut berkait misi bantuan kemanusiaannya ke Palestin, baru-baru ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500/504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya