Minta rasuah RM95,000: Pemilik syarikat teksi berpangkat Datuk bakal didakwa - Utusan Malaysia

Minta rasuah RM95,000: Pemilik syarikat teksi berpangkat Datuk bakal didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pemilik syarikat teksi berpangkat Datuk bakal dituduh di mahkamah atas dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu kononnya bagi membantu menyelesaikan kes rasuah yang sedang dibicarakan.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu meminta rasuah berjumlah RM95,000 daripada seorang individu yang kesnya sedang dibicarakan di peringkat Mahkamah Rayuan.

“Suspek meminta wang itu kononnya untuk dibayar kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai di Pejabat Peguam Negara yang menjalankan kes berkenaan.

“Daripada jumlah yang diminta itu, suspek dipercayai menerima RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya, kemudian suspek meminta lagi RM35,000 dan menerimanya secara tunai,” katanya hari ini.

Difahamkan, suspek akan didakwa dengan beberapa pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok seterusnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis ini dan didakwa mengikut Akta SPRM 2009.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN