‘Mengapa September, bukan sekarang?’ - Utusan Malaysia

‘Mengapa September, bukan sekarang?’

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Tan Sri Muhyddin Yassin untuk mengesahkan keabsahan kedudukan sebagai Perdana Menteri sekarang dan bukannya pada September depan.

Ahli Parlimen Pekan itu, sekiranya Muhyiddin mempunyai sokongan beliau tidak seharusnya melengahkan perkara itu.

“Tapi beliau berjanji kepada Yang di-Pertuan Agong akan usulkan undi percaya terhadapnya pada sesi Parlimen bulan September. Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk Ogos?

“Sebab Covid-19 masih serang Parlimen ke? Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid-19 dalam Parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana  siap meeting (mesyuarat) tiap-tiap malam di rumah. 

“Akhirnya beliau salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap adalah mereka yang mahu kes digugurkan sedangkan cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodek dan bukan melawannya,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin berkata kedudukan beliau akan ditentukan dalam usul percaya dalam Sidang Dewan Rakyat pada September ini.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan terhadap perkara sewaktu menghadap Seri Paduka hari ini.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan kenyataan Muhyiddin yang memaklumkan kepada Agong bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat sedangkan lapan ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

“Beliau kata Agong titah hanya lapan orang ahli parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadap dia. Ingat, beliau kata lapan sahaja.

“Muhyiddin kata beliau percaya bahawa masih ada sokongan majoriti. Tapi beliau berjanji pada Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi parlimen bulan September,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.