Maqis Selangor rampas 1 tan makanan tambahan haiwan dari China - Utusan Malaysia

Maqis Selangor rampas 1 tan makanan tambahan haiwan dari China

MAQIS Selangor merampas 1,000kg makanan tambahan haiwan tanpa permit yang dibawa masuk dari China di Pelabuhan Klang Utara, Pelabuhan Klang, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak 1,000 kilogram makanan tambahan haiwan tanpa permit bernilai RM28,521.24 dirampas di Pelabuhan Klang Utara di sini semalam.

Makanan tambahan haiwan yang cuba dibawa masuk dari China itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan pada pukul 11 pagi mendapati ia tidak mempunyai sebarang dokumen seperti Permit Import Maqis kepada pegawai pemeriksa.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati ia sudah berada di pelabuhan pada 11 Ogos lalu.

“Semakan mendapati ini merupakan kesalahan pertama dilakukan syarikat berkenaan dan barang terbabit adalah untuk jualan pasaran tempatan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Maqis memberitahu, pihaknya sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN