PETALING JAYA: Sebanyak 501,776 dos diberi kepada penerima vaksin yang melibatkan dos pertama dan dos kedua menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) semalam.
Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam satu perkongsiannya di laman Twitter dengan 175,875 bagi dos pertama dan 325,902 bagi dos kedua.
Tiga negeri mencatatkan jumlah terbesar iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan diikuti Johor dengan iaitu sebanyak 82,746, 50,468 dan 40,412 bagi dos kedua manakala 13,368, 9,466 serta 30,065 bagi dos pertama.
Negeri lain pula mencatatkan jumlah 24,370 (Sabah), 17,503 (Pahang), 16,265 (Kelantan), 15,836 (Perak), 15,787 (Negeri Sembilan), 15,237 (Kedah) 14,642 (Pulau Pinang), 11,490 (Serawak), 8,184 (Terengganu), dan 2,325 (Putrajaya) bagi dos kedua.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan seratus peratus populasi dewasa di Malaysia dijangka melengkapkan dos vaksin Covid-19, pada Oktober ini berikutan sasaran pencapaian program vaksinasi negara dipercepatkan. – UTUSAN ONLINE









