Komuniti, tempat kerja catat kluster tertinggi - Utusan Malaysia

Komuniti, tempat kerja catat kluster tertinggi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kluster komuniti dan tempat kerja masing-masing mencatatkan 14 kluster serta dua kluster kumpulan berisiko tinggi sekali gus menjadi jumlah keseluruhan sebanyak 30 kluster baharu, hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti, enam di Kelantan, Kampung Banir Belikong di Pasir Puteh (19), Kampung Jelor di Pasir Puteh dan Kota Bharu (19), Kampung Padang Bongor di Kota Bharu (12), Taman Kifayah di Jeli (11), Kampung Cherang Hangus Machang di Machang (11), Kampung Padang Tok La di Pasir Mas (8) dan dua di Kedah, Dah Kampung Nonang di Kota Setar (45), Dah Kampung Tiang di Pendang (30). 

Baki kluster komuniti katanya, Kerteh Lima di Dungun, Terengganu (78); Kampung Telaga Air di Kuching, Sarawak (61); Kampung Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah (33); Kampung Sungai Isap di Kuantan, Pahang (25); Kampung Tun Razak di Hulu Selangor, Selangor (23) dan Taman Parit Jaya di Perak Tengah dan Kuala  Kangsar, Perak (19). 

“Kluster tempat kerja pula, lima di Selangor, Tapak Bina Bestari Satu di Klang (161), Industri Bangi Lama Batu Satu Setengah di Hulu Langat (124), Industri Canang Emas Lapan di Klang (109), Tapak Bina Damar 2 di Sepang dan Petaling (68), Tapak Bina Kenanga Salak Perdana di Sepang (48); tiga di Johor, Merbau 10 Kulai di Kulai dan Johor Bahru (9), Perindustrian Jamil Dua di Muar (41), Jalan Industri Bioteknologi Dua di Johor Bahru (sembilan). 

“Selain itu, dua di Negeri Sembilan, Industri Jalan Mutiara Nilai di Seremban (44), Industri Gedok di Tampin (30); dua di Sarawak, Mega Suai di Subis (24), Jalan Industry Estate 38 di Bintulu (17); satu di Pahang, Rimba Mentakab di Temerloh (24) dan satu di Perak, Jong Langkap di Hilir Perak (11) manakala dua kluster kumpulan berisiko tinggi, Jalan Seri Impian Tiga di Kluang, Johor (37) dan Jalan Pahang Bidor di Titiwangsa, Kuala Lumpur (16),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 17,105 kes berbanding semalam, 15,764 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 12,297 kes dengan 195 kematian dicatatkan dengan 1,066 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 537 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 203,664 kes aktif. 

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309), Johor (1,275), Kedah (1,036) dan Sabah (1,010) 

“Lapan negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (967), Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494) dan Terengganu (429). 

“Putrajaya pula mencatatkan kes dua angka iaitu 72 kes manakala Perlis (7) dan Labuan (5),” katanya. 

Mengulas mengenai 195 kematian, beliau berkata, Selangor turut menjadi penyumbang utama dengan 88 kes diikuti 24 kes di Johor, 15 kes di Pulau Pinang, 13 kes di Kedah, 12 kes di Sabah, masing-masing lapan kes di Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang, tujuh kes di Terengganu, empat kes di Perak, tiga kes di Kelantan, dua kes di Sarawak, serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Labuan, dan Perlis. 

“Kematian melibatkan 111 lelaki dan 84 wanita dengan 22 warga asing, 34 kes kematian luar hospital dan 150 pesakit mempunyai latar belakang penyakit,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya