Kit ujian kendiri Covid-19 bakal dijadikan barang kawalan - Utusan Malaysia

Kit ujian kendiri Covid-19 bakal dijadikan barang kawalan

ROSOL Wahid (kanan) melihat proses suntikan vaksin Covid-19 dalam Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Bading di Hulu Terengganu, hari ini. -PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menjadikan kit ujian kendiri Covid-19 sebagai barangan kawalan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, buat masa ini sesi perbincangan giat dilakukan bersama pengilang, pengimport dan peniaga bagi menentukan harga yang bersesuaian di samping mampu dimiliki seluruh rakyat.

Katanya, harga pasaran bagi kit itu difahamkan sebanyak RM39.90 dan tentunya membebankan orang ramai terutama mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai.

“Kita masih dalam proses perbincangan dengan semua pihak untuk mendapatkan harga yang munasabah agar pelaksanaan ini tidak merugikan peniaga mahu pun membebankan rakyat. 

“Harapan kita agar kit ujian kendiri Covid-19 ini mampu dibeli oleh semua orang dan kita akan memastikan tiada produk tiruan di pasaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Bading di sini.

Kit ujian air liur yang menggunakan kaedah RTK-Antigen itu kini mulai dijual selepas kerajaan memberikan kelulusan bersyarat pada 21 Julai lalu untuk diimport dan diedarkan di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN