PETALING JAYA: Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen untuk tujuan berkenaan.
“Saya berharap, dengan adanya kerjasama bi-partisan di Parlimen, rang undang-undang ini akan dapat diluluskan,” katanya dalam Ucapan Khas Perdana Bersama Memulihkan Negara hari ini. -UTUSAN ONLINE










