Keputusan UMNO beri kesan landskap politik beberapa negeri - Utusan Malaysia

Keputusan UMNO beri kesan landskap politik beberapa negeri

NGA Kor Ming (kanan) melancarkan Pusat Vaksinasi Bergerak di Pusat Komuniti DAP Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji dan Ahli Parlimen Ipoh Timur di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri akan memberi kesan kepada landskap politik di beberapa buah negeri.

Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming bagaimanapun enggan mengulas lanjut implikasi penarikan sokongan kepada negeri terlibat sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha membendung penularan wabak Covid-19.

“Berdasarkan pengumuman UMNO semalam, memang keputusan itu akan memberi kesan kepada Perak, Kedah, Johor, Melaka dan Sabah. 

“Bagaimanapun, sekarang bukan masa yang sesuai untuk beri komen. Pada waktu ini, kita mahu fokus untuk bantu rakyat dalam tangani wabak Covid.

“Isu politik lain, saya enggan ulas lanjut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Vaksinasi Bergerak di  Pusat Komuniti DAP Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji dan Ahli Parlimen Ipoh Timur di sini hari ini.

Kor Ming berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian DAP Perak sekiranya Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berikutan keputusan UMNO di peringkat pusat, semalam.

Dalam pada itu, ditanya sama ada DAP akan membentuk kerjasama dengan UMNO, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, pihaknya menyerahkan kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) peringkat Pusat untuk membincangkan hala tuju politik mereka.

“Pada waktu ini, saya serahkan kepada Majlis Presiden PH untuk berikan ulasan selanjutnya,” katanya.

Kerajaan negeri Perak dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu Barisan Nasional (BN), Bersatu dan Pas di mana Saarani memiliki sokongan 34 ADUN dengan BN mempunyai 25 kerusi diikuti Bersatu sebanyak enam kerusi dan Pas tiga kerusi.

PH Perak pula terdiri daripada DAP 15 kerusi, Amanah (5) dan PKR tiga kerusi. 

Selain itu, terdapat dua ADUN bebas iaitu Malim Nawar dan Titi Serong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya