Kementerian Pertahanan pertingkat sistem keselamatan siber - Utusan Malaysia

Kementerian Pertahanan pertingkat sistem keselamatan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan akan meningkatkan sistem keselamatan siber bagi mengelak sebarang insiden terutama membabitkan penggunaan media sosial. 

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Muez Abdul Aziz berkata, ini ekoran peningkatan serangan  sepanjang empat bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 3,647 dilaporkan membabitkan  insiden keselamatan siber.

“Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga turut menerima kesannya ekoran kejadian tersebut.

” Sehubungan itu, kita telah meningkatkan sistem keselamatan dan hanya sumber yang berautoriti sahaja dibenarkan untuk memuat naik bahan yang telah diluluskan,” katanya dalam ucapan Pemerkasaan Media Sosial Rasmi Kementerian Pertahanan secara atas talian hari ini.

Dalam pada itu Muez berkata, setiap maklumat yang disampaikan melalui tapisan keselamatan dan mendapat kelulusan bagi memastikan kandungan dimuat naik  tepat, sahih dan benar.

Tambahnya ia adalah untuk memastikan sistem keselamatan terjaga daripada sebarang ancaman siber yang semakin meningkat pada masa kini.-UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya