PUTRAJAYA : Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara akan beroperasi pada hujung minggu bermula hari ini di negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor dan esok bagi negeri-negeri lain.
JPJ menerusi satu notis makluman pelanggan berkata, waktu operasi kaunter adalah dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dengan kesemua urusan adalah secara janji temu berjadual.
“Kaedah ‘walk-in’ tidak dibenarkan manakala mod pembayaran adalah secara tanpa tunai bagi operasi hujung minggu ini,” katanya hari di sini hari ini.
JPJ berkata, kapasiti petugas kaunter adalah mengikut garis panduan pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) negeri masing-masing.
“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard Covid-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya. -UTUSAN ONLINE