GMK tuntut wanita cederakan Bella didakwa atas jenayah penderaan - Utusan Malaysia

GMK tuntut wanita cederakan Bella didakwa atas jenayah penderaan

MONA Din (tengah) menyaksikan penyerahan memorandum tuntutan kepada wakil Pejabat Peguam Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gerakan Menuntut Keadilan (GMK) menuntut pelaku kes penderaan terhadap kanak-kanak perempuan istimewa Sindrom Down, Bella dituduh di mahkamah atas jenayah penderaan yang dilakukan.

Aktivitis masyarakat, Mona Din berkata, pertuduhan pengabaian sahaja tidak mencukupi kerana kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu jelas mengalami kecederaan agak serius akibat perbuatan dera.

“Hari ini pertuduhan di mahkamah terhadap pengasas Rumah Bonda adalah di bawah seksyen 31 (1) iaitu pengabaian tetapi kami daripada GMK mahu lagi satu pertuduhan iaitu penderaan.

“Jika hanya dakwa pengabaian, jadi, siapa pendera remaja malang ini, siapa pelakunya kerana kecederaan yang dialami melibatkan penderaan,” katanya dalam satu kenyataan selepas bersama-sama GMK menyerahkan memorandum tuntutan itu kepada Pejabat Peguam Negara di sini hari ini.

Mona berkata, pihaknya mahu pelaku terbabit dikenakan sabitan hukuman sewajarnya atas kesalahan pengabaian dan penderaan.

Terdahulu, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom down hingga mengalami kecederaan Jun lalu.

Bagaimanapun Siti Bainun, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.