Eksesais Taming Sari 20/21 bukti kesiapsiagaan TLDM - Utusan Malaysia

Eksesais Taming Sari 20/21 bukti kesiapsiagaan TLDM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesiapsiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempertahankan negara daripada sebarang ancaman terbukti menerusi Eksesais Taming Sari 20/21.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, ini dapat dilihat menerusi penembakan taktikal peluru berpandu Exocet MM40 tepat mengenai sasaran yang berada di jarak 30 batu nautika atau 55 kilometer.

Selain itu, katanya, TLDM turut berjaya menembak peluru berpandu Exocet SM39 dari jarak 20 batu nautika atau 37 kilometer dari sasaran.

“Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Tun Razak telah melancarkan peluru berpandu anti kapal, Exocet SM39. Dua kapal TLDM, KD Lekiu dan KD Lekir turut melancarkan peluru berpandu Exocet MM40.

“Kejayaan penembakan kesemua peluru berpandu ini mengenai sasaran jelas membuktikan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga TLDM dalam mengendalikan aset pertahanan negara. Apabila nilai-nilai ini tersemat pada setiap warga TLDM, hasil yang akan dikecapi pastinya adalah kejayaan, walaupun kita sedia maklum sebilangan aset-aset TLDM ini telah menjangkau usia melebihi 40 tahun,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN