SEREMBAN: Diserang hendap komunis sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jakar, Sarikei, Sarawak menjadi peristiwa paling sukar dilupakan bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH), Mohammad Noh Mansor, 72. Dalam kejadian pada 1972 itu, dia bersama 29 anggota platunnya baru menyelesaikan tugas Rajang Area Security Command (Rascom) selama dua bulan mengawal sebuah pangkalan pasukan keselamatan dalam kawasan hutan di situ dan diganti dengan sebuah platun lain. Berkongsi pengalamannya itu, Mohammad…