Agong, Permaisuri ucap takziah atas kematian Tun Sakaran - Utusan Malaysia

Agong, Permaisuri ucap takziah atas kematian Tun Sakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong hari inI menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Mohd Hashim bin Dandai, bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, yang telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada masyarakat dan negara.

Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Allahyarham yang berasal dari Semporna, pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 dari tahun 1995 hingga 2002.

Allahyarham juga sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada tahun 1994.

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN