60.9 peratus rakyat dewasa lengkap dos pertama - Utusan Malaysia

60.9 peratus rakyat dewasa lengkap dos pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah pemberian vaksinasi bagi dos yang pertama mencatatkan hampir 15 juta dos kepada rakyat di seluruh negara sehingga semalam.

Menurut laman twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), aktiviti pengharmonian data mingguan dijalankan dan data itu mengambil kira sepenuhnya pelaporan manual termasuk daripada program jangkau luar komuniti yang dijalankan di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, sehingga semalam, sebanyak 70.8 peratus penduduk di Lembah Klang menerima vaksin bagi dos pertama dengan jumlah sebanyak 5,961,204 dos manakala 22.4 peratus penduduk Sabah mencatatkan jumlah pemberian vaksin paling rendah dengan 874,834 dos.

“Bagi vaksinasi dos kedua pula, 56 peratus penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan  divaksin bagi mencatatkan jumlah vaksinasi yang tertinggi dengan jumlah sebanyak 55,809 dos. Sabah pula menjadi negeri terendah dengan peratusan 10.3 peratus  dalam pemberian vaksin dengan jumlah 402,675 dos,” kata kenyataan itu.

Akhbar hari ini melaporkan, kerajaan menetapkan sasaran 50 peratus penduduk dewasa negara ini lengkap menerima vaksin Covid-19 pada 31 Ogos ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, pihaknya melakukan sasaran kepada penduduk dewasa Malaysia 18 tahun ke atas untuk lengkap dua dos vaksinasi.

“Menjelang Hari Merdeka, kita sasarkan 50 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia 18 tahun ke atas akan lengkap terima dua dos vaksinasi,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya