112,638 peneroka bawah JKPP sambut baik perubahan drastik Felda - Utusan Malaysia

112,638 peneroka bawah JKPP sambut baik perubahan drastik Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) mewakili 112,638 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyambut baik usaha pengurusan tertinggi agensi itu membawa perubahan drastik kepada Felda.

Ketua Peneroka Kebangsaan Felda, Sulong Jamil Mohamed Sharif berkata, usaha Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh melakukan banyak perkara seperti pelupusan sebahagian besar pinjaman peneroka amat dihargai walaupun baru setahun menjawat jawatan itu. 

“Beliau dan pengurusan tertinggi Felda mendengar cadangan daripada peneroka apabila membuat penambahbaikan inisiatif dan perjanjian. 

“Hubungan baik antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menyebabkan semua proses untuk memulihkan semula Felda, seperti pengambilalihan FGV berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sulong Jamil berkata, kedua-dua mereka sentiasa bekerja keras membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memastikan Felda terus efisyen bergerak ke hadapan. 

“Saya berharap agar semua warga Felda terus memberikan sokongan penuh kepada Idris Jusoh untuk membawa agenda perubahan kepada Felda,” katanya.

Mustapa dalam kenyataan kelmarin memaklumkan, pelaksanaan inisiatif  pelupusan sebahagian besar pinjaman ditambah baik selepas Perdana Menteri mengumumkan pada 7 Julai lalu untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Beliau berkata, di bawah langkah penambahbaikan itu, mana-mana peneroka yang tidak mempunyai pinjaman dengan Felda akan menikmati insentif tanggungan kos tanam semula dengan kadar yang ditentukan kemudian.

Selain itu, katanya, penghapusan penuh kepada peneroka Bersama Felda yang mempunyai baki hutang di bawah RM5,000 juga akan menikmati insentif tanggungan kos tanam semula dengan kadar ditentukan kemudian.

“Peneroka bersama Felda yang mempunyai baki pinjaman RM5,001 hingga RM50,000 akan menikmati had bayaran kembali (BK) bulanan pinjaman lebih rendah,” katanya yang memberitahu perkara itu dicapai berdasarkan libat urus dan turun padang selain maklum balas dan cadangan yang diterima bagi memastikan semua peneroka mendapat manfaat pelaksanaan inisiatif ini.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya