WTCKL jalin kerjasama dengan COIC Shanghai jayakan misi perdagangan - Utusan Malaysia

WTCKL jalin kerjasama dengan COIC Shanghai jayakan misi perdagangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Chamber of International Commerce (COIC) Shanghai pada 13 April lalu bagi meneroka ruang kerjasama dalam perdagangan di peringkat antarabangsa.

Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan profesional yang berkualiti bagi memberi sepenuhnya sinergi dalam industri perdagangan dan pelbagai perkhidmatan sokongan.

IRMOHIZAM IBRAHIM

“Selain itu, kerjasama ini akan meluaskan rangkaian perkenalan dan mengukuhkan lagi kedudukan WTCKL di peringkat antarabangsa. Lawatan misi perdagangan akan dilaksanakan di Malaysia mahupun di Shanghai dan ia akan memberi manfaat yang baik untuk ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis menandatangani MoU tersebut Irmohizam mewakili WTCKL manakala COIC Shanghai diwakili pengerusinya Zhou Minhao.

Dalam pada itu, satu seminar bertajuk Exploring Opportunities at the Port Klang Free Zone juga telah diadakan bagi memperluaskan peluang-peluang perdagangan kepada lebih 50 peserta yang terlibat dari pelbagai agensi di Malaysia dan juga China.

Irmohizam Ibrahim juga merupakan Pengerusi Persidangan dan Pameran Asia Pasifik Majlis Penasihat Anggota World Trade Centers Association (WTCA).

Sementara itu Minhao berkata, pihaknya berganding bahu dengan WTCKL untuk melakukan lebih banyak aktiviti kerjasama dalam meningkatkan idea pertukaran ekonomi dan perdagangan antara  kedua-dua negara dan memainkan peranan yang lebih besar untuk mempromosikan hubungan ekonomi dan perdagangan di antara Shanghai dan Kuala Lumpur.

“COIC Shanghai yang berpusat di Shanghai, China merupakan sayap perdagangan milik Kerajaan China. Syarikat ini adalah sebuah platform untuk aktiviti ekonomi, perdagangan, pengimportan juga pengeksportan secara domestik dan antarabangsa yang mempunyai reputasi yang cukup baik di China.

“Perjanjian yang ditandatangani ini membolehkan WTCKL dan COIC Shanghai bersama-sama melonjakkan aktiviti perdagangan dan kerjasama ekonomi, pelaburan serta menyediakan sokongan teknikal dan fasiliti di peringkat antarabangsa,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya