Warga emas rebah di restoran disahkan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Warga emas rebah di restoran disahkan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Suasana di sebuah restoran menjadi cemas seketika apabila seorang pelanggan warga emas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di pusat komersil Plaza 333, di Penampang pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.50 pagi itu, lelaki berusia 67 tahun yang berbangsa Cina berkenaan didapati rebah lalu tidak sedarkan diri di restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata, siasatan awal dan keterangan daripada anak mangsa yang berada di lokasi memaklumkan mangsa pernah menjalani rawatan sebagai pesakit jantung.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan saringan Covid-19.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam agar tidak menularkan gambar mangsa di tempat kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya