Warga asing puji PPV efisien - Utusan Malaysia

Warga asing puji PPV efisien

Strelkova Oksana bergambar kenangan selepas mendapatkan vaksin pertamanya di WTCKL, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program vaksinasi yang sedang rancak dijalankan oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara bukan sahaja mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia tetapi juga warga asing yang menetap di sini.

“Saya ingin mengatakan semuanya (proses pemberian vaksin) berjalan dengan lancar,” kata   warga Rusia, Strelkova Oxana, 34,  kepada Utusan Malaysia hari ini.

Oksana juga merasa teruja dengan bangunan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang menurutnya begitu besar di segenap ruang dan sesuai bagi tujuan memvaksinasi orang ramai. 

“Saya tidak perlu tergesa-gesa bahkan masih sempat berjalan dengan perlahan bagi melihat keindahan seni bina bangunan.

“Kesemua proses bagi mendapatkan suntikan vaksin ini tidak memakan masa lebih dari 40 minit,” katanya yang juga Presiden Pertubuhan Warga Rusia di Kuala Lumpur.

Oksana juga memuji dengan sikap para petugas seperti anggota polis, jururawat, tentera, sukarelawan dan doktor yang begitu profesional serta mesra orang ramai.

Begitu juga warga negara Belanda, Reinier Starink, 60, yang bersetuju proses mendapatkan vaksin berjalan dengan sangat teratur. 

Beliau bagaimanapun mencadangkan supaya orang ramai dimaklumkan untuk mengecas telefon bimbit mereka memandangkan penggunaan aplikasi MySejahtera untuk kegunaan di PPV.

Sehingga semalam, sebanyak 19.6 peratus warga Malaysia telah mendapatkan dos pertama sementara 8.0 peratus lengkap dos kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN