Usahawan mikro dapat bantuan kerajaan - Utusan Malaysia

Usahawan mikro dapat bantuan kerajaan

PENGURUS Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Pulau Pinang, Haliyatul Asma Jamaludin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG : Seramai 1,069 usahawan telah dibantu menerusi program Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro atau Covid Business Recovery Micro (CBRM) manakala seramai 834 usahawan pula menerima manfaat menerusi program Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) di Pulau Pinang.

Pengurus Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Pulau Pinang, Haliyatul Asma Jamaludin berkata bermula tahun 1988 sehingga 31 Mei 2021, Pulau Pinang telah mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM259,586,900 melalui pelbagai produk yang ditawarkan dengan bilangan pembiayaan dimanfaatkan oleh 25,549 orang.

Tambahnya lagi pada tahun ini, bermula Januari hingga Mei nilai pembiayaan yang telah dikeluarkan Pulau Pinang adalah sebanyak RM5,112,500 dengan nilai pembiayaan diterima 320 orang.

“TEKUN Nasional sentiasa membantu usahawan tanpa henti tidak kira sama ada berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun tidak.

“Sehingga kini pemohonan pembiayaan kepada ushawan masih diteruskan melalui beberapa produk dibawah Skim Pembiayaan TEKUN Nasional dan di bawah Inisiatif TEKUN Covid-19,” kata Asma.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam program bual bicara secara maya bertajuk Impak Covid-19 Kepada Usahawan Mikro yang dianjurkan oleh Kumpulan Genius Usahawan yang terdiri daripada pelajar Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Development Of Micro Enterprises di bawah Pakej Rangsangan Pemulih pada 28 Jun lalu.

Di bawah program itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.1 bilion dengan Mikro Enterprise memperoleh RM1.1 bilion dalam bentuk mikro kredit kepada BSN, Agro Bank dan TEKUN Nasional.

Sementara itu, RM1 bilion lagi diperuntukan kepada Geran Khas Prihatin (GKP) iaitu dengan tambahan RM 1,000 untuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya