Tiga kilang beroperasi tanpa kebenaran dikompaun RM10,000 - Utusan Malaysia

Tiga kilang beroperasi tanpa kebenaran dikompaun RM10,000

Pasukan khas mengawasi SOP tempat kerja akan meneruskan pemeriksaan bagi mengekang penularan kes Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kedegilan tiga pemilik kilang beroperasi tanpa kebenaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mengakibatkan mereka dikompaun RM10,000 setiap satu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, selain daripada tiga kilang itu, tindakan kompaun juga dikenakan kepada 12 pekerja yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sempena penguat kuasaan Op Patuh ini, kita melakukan pemeriksaan terhadap 10 kilang dan tiga daripadanya didapati beroperasi tanpa surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Pekerja yang dikompaun pula didapati melakukan kesalahan tidak mematuhi SOP seperti tidak mengimbas MySejahtera serta bekerja melebihi kapasiti dibenarkan.

“Antara kilang yang diperiksa termasuk kilang besi, produk plastik dan minuman serta polisterin,” katanya selepas operasi bersepadu sempena Op Patuh semalam.

Menurut Mohd. Zaidi, kebanyakan kilang mengaku keliru dan kurang faham tentang SOP yang ditetapkan.

Operasi ini dijalankan di sekitar Manggatal dan Inanam bersama agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambah beliau, pemeriksaan melalui Op Patuh sebegini akan diteruskan sehingga penguat kuasaan membabitkan Covid-19 tamat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya