Terlantar, hidup sebatang kara antara penerima bakul makanan - Utusan Malaysia

Terlantar, hidup sebatang kara antara penerima bakul makanan

HIDUP sebatang kara... Vattahiah Appacutty diberikan bantuan bakul makanan oleh Noh Omar ketika berkunjung ke rumah usangnya di Kampung Ketam, Tanjung Karang, Kuala Selangor. - UTUSAN/ MOHAMAD ATHIR ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) hidup sebatang kara sejak dua tahun lalu merupakan antara penerima bantuan bakul makanan di Tanjung Karang di sini.

Penduduk Kampung Ketam, Vattahiah Appacutty, 60, memberitahu dia tinggal di rumah kecil dan usangnya itu sejak 40 tahun lalu dan pernah bekerja sebagai kontraktor pembinaan di Tanjung Karang untuk menyara keluarganya.

Bagaimanapun, dia kini hidup sebatang kara selepas isterinya meninggal dunia sejak dua tahun lalu sementara tiga anaknya pula didakwa tidak pernah menziarahinya sejak meninggalkan rumah empat tahun lepas.

“Dahulu kerja kontrak bina jalan. Sekarang saya tak boleh kerja sebab tak boleh berjalan dan terpaksa memapah dan menggunakan kerusi roda selepas kemalangan empat tahun lalu.

“Sekarang saya tinggal seorang diri dalam rumah ini sejak isteri meninggal dua tahun lepas, anak-anak pula tak pernah balik sejak empat tahun lalu. Saya ada tiga orang anak seorang perempuan dan dua lelaki. Anak perempuan sudah berkahwin.

“Untuk sara diri sekarang, jiran-jiran banyak membantu seperti berikan makanan untuk dimakan setiap hari. Kadang-kadang ada juga jiran bagi biskut dan roti. Kalau sakit pergi klinik atau hospital pun jiran juga yang tolong,” katanya.

MOHD. Kafli Arsad, terlantar di rumahnya akibat menderita strok menerima kunjungan Noh Omar yang mengedarkan bantuan bakul makanan di kediamannya di Kampung Sungai Tengi Kiri di Tanjung Karang, Kuala Selangor. – Utusan / MOHAMAD ATHIR ISMAIL

Beliau ditemui pemberita di rumahnya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar yang menyerahkan bantuan bakul makanan dan sumbangan kepadanya untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor.

Selain Vattahiah, Noh turut menziarah dan menyerahkan bantuan bakul makanan dan sumbangan kepada seorang penduduk, Mohd. Kafli Arsad, 44, yang terlantar akibat menderita strok sejak November tahun lalu.

Menurut anaknya, Ilham Fikri, 16, dia tidak menyangka keluarganya akan mengalami dugaan sedemikian ketika seluruh negara dilanda pandemik Covid-19, malah tidak menyangka bapanya akan hilang pekerjaan memandangkan syarikat majikannya masih beroperasi ketika PKPD.

“Ayah saya seorang tukang kebun dekat sebuah syarikat swasta dan terkena serangan strok pada 11 November 2020 ketika hendak bangun dari katil untuk pergi kerja. Ketika itu dia sempat memanggil ibu untuk meminta bantuan.

“Sejak itu, ayah saya terlantar dan tidak mampu menggerakkan seluruh badannya. Tetapi, saya, ibu dan ahli keluarga lain tetap bantu dia untuk bergerak dan duduk supaya penyakit stroknya beransur-ansur pulih,” luahnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya