PUTRAJAYA: Kluster tempat kerja terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 19 kluster daripada jumlah harian sebanyak 29 kluster diikuti lima kluster komuniti, tiga kluster pusat tahanan dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi tempat kerja, Johor catat enam kluster iaitu Tapak Bina Jalan Tanjung Puteri di Johor Bahru (19), Tapak Bina Selabu di Muar (29), Susur Enam Larkin di Johor Bahru (11), Jalan Lombong Dua di Kota Tinggi (17), Jalan Pendas Laut di Johor Bahru (9) dan PLO Jalan Emas di Johor Bahru (9).
Lima di Selangor katanya, Jalan Dua Salak Tinggi di Sepang, Klang, dan Kuala Selangor (23), Industri Perigi Lapan di Klang (15), Industri Jalan Perajurit Satu di Klang (17), Industri Jalan Perajurit Dua di Klang (19), Industri Taman Ehsan di Gombak (12) manakala tiga di Sabah, Jalan Membalua di Tawau (13), KKIP Empat Timur di Kota Kinabalu (10), Balak Penang ah di Tongod dan Nabawan (26).
Katanya, Dua di Kuala Lumpur, Jalan Solaris di Kepong (9), Tapak Bina Jalil Utama 2 di Cheras (78) dan dua di Pahang, Tapak Bina Jalan Tengku Abdul Samad di Raub (15), Jalan Gebeng 2/3 di Kuantan (9) dan Industri Lot Q di Dungun dan Kemaman, Terengganu (23).
“Lima Kluster Komuniti, Sri Bunian di Pontian, Johor (16), Rebana Jernih di Alor Gajah, Melaka (24), Sungai Setajam di Sarikei, Sarawak (76), Taman Grandview di Sandakan dan Putatan, Sabah (14) dan Sri Rakyat di Cheras, Kuala Lumpur (158).
“Dua kluster Kumpulan Berisiko Tinggi iaitu Jalan Sri Santan di Klang, Selangor (24); Taman Jaya di Cheras dan Titiwangsa, Kuala Lumpur (34) manakala tiga Kluster Pusat Tahanan di Sarawak, Tembok Sri Aman 2 di Sri Aman (69), Pagar Serian di Serian (16), Semuja di Seri an (67),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata,, Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 9,000 iaitu 9,353 kes berbanding semalam, 9,180 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,910 kes.
Katanya, sebanyak 87 kes kematian dicatatkan dengan 959 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 451 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 84,021 kes aktif.
“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,277 kes diikuti Kuala Lumpur (1,398), Melaka (835), Negeri Sembilan (638), Johor (399), Kedah (364), Sarawak (352), Sabah (251) dan Pahang (247).
“Dua negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Pulau Pinang (180), Perak (145) manakala Kelantan (89), Labuan (85), Terengganu (50), Putrajaya (39) dan Perlis, sebanyak empat kes,” katanya.
Mengulas mengenai 87 kematian, beliau berkata,
Selangor kekal menjadi penyumbang terbanyak iaitu 50 kes, lapan kes di Johor, enam kes di Pahang, masing-masing lima kes di Kuala Lumpur, Kedah, dan Negeri Sembilan, empat kes di Melaka, dua kes di Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Labuan.
“Seramai lelaki termasuk warga asing dan 35 wanita termasuk satu warga asing berusia antara
26 hingga 97 tahun melibatkan 53 warga emas, 17 kes tiada latar belakang penyakit dan lapan kes meninggal dunia di rumah.
“Baki pesakit yang dikesan mempunyai pelbagai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, obesiti, kanser, strok, buah pinggang, paru-paru, dislipidemia, tiroid, down syndrome, asma dan mental,” katanya. -UTUSAN ONLINE










