Siti Nurhaliza keluar single baharu tahun depan - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza keluar single baharu tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memaklumkan akan mengeluarkan sebuah lagu baharu sekitar tahun hadapan.

Dia yang disoal tentang perancangan untuk kembali menyanyi memberitahu lagu istimewa itu akan menjadi simbolik kepada pembabitannya yang ke-25 tahun dalam industri seni tanah air.

“Saya baharu sahaja keluar album kanak-kanak yang memuatkan sebuah lagu ciptaan sendiri berjudul Anakanda.

“Tahun depan saya akan keluar dengan single baharu yang melibatkan kerjasama dua negara, Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Siti berkata demikian ketika menyertai Sesi Virtual Eksklusif BeauRaya yang turut menampilkan tiga selebriti popular seperti penyanyi Nabila Razali, Pelakon Izara Aishah dan pengacara Hawa Rizwana.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata beliau ada merancang untuk kembali mengadakan konsert namun hasrat itu perlu ditangguhkan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu.

“Saya memang ada merancang untuk mengadakan konsert tetapi tak sangka penularan wabak Covid-19 masih berpanjangan sehingga ke hari ini.

“Tapi perancangan itu tetap dibuat. Kita tunggu sehingga keadaan kembali stabil. Inilah masanya untuk anda simpan duit untuk membeli tiket konsert saya nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti yang baharu menerima kehadiran putera pertama, Muhammad Afwa sekitar April lepas memberitahu cukup gembira dengan kasih sayang ditunjukkan anak sulungnya, Siti Aafiyah kepada adiknya itu.

“Penerimaan dia positif sekali walaupun adakalanya dia sedikit cemburu.

“Aafiyah memang menyayangi adiknya. Setiap pagi selepas bangun tidur, dia akan pergi ke menjenguk Afwa terlebih dahulu.

“Alhamdulillah dua cahaya mata ini menjadi pelengkap hidup saya, syukur,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya