Sesi PdPR negeri terkesan perlu bersasar - Utusan Malaysia

Sesi PdPR negeri terkesan perlu bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan perlu mengambil langkah lebih berkesan dalam pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi negeri yang masih terjejas akibat penularan Covid-19.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, kegagalan kerajaan mengambil tindakan penambahbaikan akan menyebabkan akses pendidikan antara murid di negeri fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak setara berbanding murid-murid di negeri fasa dua .

Katanya,  langkah tersebut perlu dibuat selepas kerajaan melaksanakan proses desentralisasi persekolahan membabitkan lima negeri yang akan dibuka sebaik memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sebagai contoh kata beliau, kerajaan boleh  mengenal pasti kumpulan murid yang berhadapan dengan isu ketiadaan peranti dan internet. Begitulah juga dengan bantuan menguruskan tekanan mental dan emosi  murid-murid.  

Kata beliau,  jika dijumlahkan lima negeri di bawah fasa kedua PPN, ia merupakan penyumbang bilangan sekolah luar bandar dan pedalaman yang besar selain di Sabah dan Sarawak. 

“Ini bermaksud lebih ramai murid bagi kelas peperiksaan di sekolah kawasan luar bandar dan pedalaman di lima negeri akan berpeluang belajar dengan lebih baik secara bersemuka di dalam bilik darjah bersama guru mereka. 

“Konsep desentralisasi pendidikan mengikut negeri Ini satu keputusan yang tepat dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP)  yang ketat,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya