Rakyat makin letih, gesa tutup kilang dua minggu - Utusan Malaysia

Rakyat makin letih, gesa tutup kilang dua minggu

Rata- rata warganet berpendapat penutupan sementara sektor perkilangan mampu mengekang penularan wabak Covid-19. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kes positif Covid-19 yang yang terus meningkat termasuk di negeri di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sejak sebulan lalu semakin memberi kesan kepada seluruh rakyat yang semakin letih dan tertekan dengan situasi itu.

Setiap hari, rata-rata warganet akan menjadikan media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp sebagai medium meluahkan perasan dan rasa tidak puas dengan pendekatan yang digunakan ketika ini bagi membendung penularan wabak itu.

Seorang penduduk, Azimah Ariffin, 44, berkata, dia kini semakin resah memikirkan nasib dan masa depannya sekeluarga memandangkan pandemik Covid-19 seolah-olah tidak menunjukkan penurunan.

Menurutnya, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan termasuk rakyat yang duduk di rumah bagi membantu mengekang penularan wabak tersebut.

“Tetapi, kes harian dilihat mencanak lagi. Kami juga sudah letih tentang hal ini sedangkan PKP penuh termasuk larangan rentas daerah dan negeri sedang dikuatkuasakan ketika ini.

SOPHIAN MOHD. ZAIN

“Sudahlah tidak dapat pulang ke kampung halaman bertemu ibu bapa sejak Aidilfitri lalu, situasi sama juga bakal berlaku menjelang Hari Raya Aidiladha tak lama lagi,” katanya di sini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO), Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd. Zain mendesak kerajaan memutuskan arahan penutupan sementara sektor perkilangan di negara ini yang dikatakan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes penularan wabak Covid-19.

“Kerajaan perlu mencari penyelesaian paling berkesan bagi menghentikan ancaman pandemik di negara ini dengan menutup semua sektor perkilangan termasuk pembuatan makanan dan perubatan hanya untuk dua minggu.

“Ramai yang yakin penularan wabak itu akan dapat dicapai selepas berakhirnya tempoh tersebut,” katanya.

Tambah beliau, pengusaha di sektor perkilangan juga perlu berhenti memikirkan mengenai kerugian yang dialami sebaliknya meletakkan soal kesihatan dan kemanusiaan orang ramai sebagai keutamaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN