Rakyat mahu dengar idea luar biasa ahli Parlimen - Tajuddin - Utusan Malaysia

Rakyat mahu dengar idea luar biasa ahli Parlimen – Tajuddin

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat sedang menunggu idea-idea luar biasa yang akan dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen pada sidang khas lima hari bermula Isnin ini dalam usaha mengurangkan bebanan masyarakat akibat peningkatan kos sara hidup  serta isu-isu berkaitan kesan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berharap ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menggunakan masa yang amat berharga semasa bersidang dengan menjurus kepada matlamat berkenaan seandainya berpeluang berbuat demikian.

 

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) mendengar penerangan mengenai perkembangan proses ujian calitan (swab test) untuk ahli-ahli Dewan Rakyat di Parlimen semalam.

Beliau berkata, Sidang Dewan sehari lapan jam (10 pagi hingga 6 petang), bermakna sekiranya lima hari menjadi 40 jam dan sekiranya tempoh tersebut dibahagi kepada ahli-ahli Dewan berucap, kalau seorang 30 minit dengan mengambil kira 40 jam, hanya 80 orang sahaja boleh  berucap. 

“Masih ada lagi 140 ahli parlimen belum boleh berucap (daripada 220 orang). Jika ada ruang untuk ahli-ahli Dewan berucap, berbahas dalam lima hari itu yang saya dimaklumkan cuma melibatkan pembentangan ordinan darurat dan penjelasan menteri-menteri, saya berharap kita semua termasuk mengingatkan pada diri saya juga, kita gunakanlah masa emas itu dengan sebaik-baiknya.

“Jangan ada provokasi sama ada  antara ahli parlimen kerajaan terhadap pembangkang, pembangkang kepada kerajaan. 

“Jangan masing-masing nak jadi hero, mahu tunjukkan kehebatan individu sedangkan kita bersidang ini kerana mahu beri cadangan bernas dan luar biasa yang boleh diambil kira oleh pihak kerajaan yang masih lagi bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah Covid-19,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Sidang khas Parlimen selama lima hari bermula  Isnin 26 Julai ini, pertama kali semenjak Proklamasi Darurat diisytiharkan pada Januari, diadakan untuk kerajaan membentangkan proklamasi darurat dan ordinan-ordinan darurat seperti yang dikehendaki Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Peraturan Am 11(3), Perdana Menteri menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat yang hanya akan melibatkan:

  1. a) Pembentangan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat.
  2. b) Pembentangan Proklamasi Darurat (2) bertarikh 12 Disember 2020 mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Gerik serta Pembentangan Proklamasi Darurat (3) bertarikh 12 Disember 2020 mengenai Pilihan Raya Kecil N66 Bugaya, Sabah.
  3. c) Penerangan menteri-menteri di bawah Peraturan Am 14(1)(i).

Ahli-ahli Dewan boleh bertanyakan soalan hanya selepas menteri selesai setiap sesi penerangan dan terhad kepada isu yang merangkumi penerangan menteri.

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya