Polis suraikan perhimpunan 30 doktor kontrak di Hospital Shah Alam - Utusan Malaysia

Polis suraikan perhimpunan 30 doktor kontrak di Hospital Shah Alam

Doktor-doktor kontrak berkumpul sambil memegang placard menuntut diberi jawatan doktor tetap di kawasan Hospital Shah Alam hari ini.- UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM-Pihak polis dari Balai Polis Seksyen 6 menyuraikan perhimpunan 30 doktor kontrak di kawasan Hospital Shah Alam selepas kumpulan tersebut mengadakan sidang akhbar dan perhimpunan selama 20 minit.

Kesemua doktor kontrak tersebut mula berkumpul kira-kira pada pukul 11.15 pagi dan berakhir pada pukul 11.35 pagi.

Peserta perhimpunan, Dr. Omar Izmir Ahmad berkata, kesemua doktor kontrak yang berhimpun menuntut diberi jawatan tetap setelah lebih lima tahun memperjuangkan perkara tersebut sejak 2016.

Menurutnya, kesemua doktor yang berhimpun memahami kedaaan pandemik Covid-19 yang masih belum selesai, namun apa yang mereka perjuangkan sudah lama iaitu sebelum pandemik berlangsung pada awal tahun 2020.

“Pada saat ini ada doktor bius dan doktor bedah kontrak sedang bertugas. Mereka melakukan tugas dengan penuh dedikasi seperti doktor tetap yang lain.

“Isu jawatan doktor tetap telah diutarakan sejak lima tahun lalu bukan baru hari ini. Sama ada saya ditamatkan kontrak pada bulan Ogos atau bulan Disember bukan lagi isu,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Hartal Doktor Kontrak 26 Julai di kawasan HSA hari ini.

Omar Izmir berkata, sebagai pewaris bidang perubatan di negara ini, kesemua doktor kontrak berharap Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan mereka bagi memastikan legasi dunia perubatan terus terpelihara.

Sementara itu Dr. Farhana Othman berkata, sudah lima tahun dia menanti untuk diserap sebagai doktor tetap setelah lima tahun menjadi doktor sakit puan.

“Dari tahun ke tahun kami menanti untuk diserapkan ke jawatan tetap. Hingga kini segalanya masih tidak pasti.

“Setelah lima tahun menjadi doktor kontrak saya masih tidak nampak masa depan sebagai seorang doktor di sini,” katanya.

Para peserta melaungkan perkataan TETAP sebanyak tiga kali sebagai tanda solidariti perjuangan mereka.

Gerakan doktor-doktor kontrak tersebut difahamkan berlangsung di beberapa hospital di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Perak sebagai tanda solidariti doktor kontrak di seluruh negara – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya