PGA Sabah catat rampasan bernilai RM18.9 juta - Utusan Malaysia

PGA Sabah catat rampasan bernilai RM18.9 juta

MOHD Abduh Ismail (tengah) dalamsidang akhbar di PGA Kinarut, Papar hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah mencatatkan rampasan bernilai RM18.9 juta membabitkan tangkapan seramai 277 orang bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, tangkapan dan rampasan pelbagai jenis barangan itu dilakukan menerusi tiga operasi utama iaitu Op Kontraban, Op Benteng dan Op Khazanah di seluruh negeri hasil daripada risikan dan maklumat orang awam.

Kesemua 277 orang individu yang ditangkap itu terlibat dalam 97 kes berasingan.

Beliau berkata, kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 mencatatkan tangkapan tertinggi dengan 127 orang diikuti dengan tangkapan melibatkan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan 80 orang dan Akta Kastam 1967 membabitkan 40 orang tangkapan.

“Tangkapan lain adalah di bawah Akta Barang Kawalan dengan seramai 21 orang, empat orang ditangkap di bawah Akta Racun, tiga orang di bawah Akta Hidupan Liar, dua orang mengikut Akta Perhutanan dan seorang di bawah Akta Senjata Api,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mohd Abduh berkata, daerah yang merekodkan tangkapan paling banyak adalah di Tawau yang melibatkan 154 orang individu.

Tambah beliau, kejayaan yang direkodkan itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding rampasan pada tahun lalu iaitu sebanyak RM12.2 juta membabitkan 412 tangkapan.

Bagaimanapun katanya, PGA Sabah akan terus menguatkuasakan undang-undang dengan menjalankan pemantauan dan risikan bagi memastikan tiada sebarang kegiatan jenayah dapat dilakukan di kawasan perairan dan sempadan Sabah. -UTUSAN ONLINE

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa penjenayah di sempadan masih cuba mengambil kesempatan menjalankan kegiatan mereka biarpun semasa pandemik Covid-19.

“Justeru, penguatkuasaan undang-undang membabitkan lima batalion iaitu Batalion (BN) 14 PGA Tawau, BN 15 PGA Sandakan, BN 16 PGA Kota Kinabalu, BN 17 PGA Lahad Datu dan BN 18 PGA Beluran akan terus dilaksanakan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya