Peniaga trak makanan bersaji Kuantan tarik nafas lega - Utusan Malaysia

Peniaga trak makanan bersaji Kuantan tarik nafas lega

PENGUSAHA trak makanan bersaji di Kuantan, Pahang menarik nafas lega apabila dibenarkan beroperasi walaupun dalam tempoh pelaksanaan PKPD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 30 peniaga trak makanan di daerah ini menzahirkan rasa gembira apabila perniagaan itu dibenarkan beroperasi walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengerusi Persatuan Usahawan Beroda negeri, Muhammad Aiman Abdul Razak berkata, pihaknya berterima kasih kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana memberikan kelulusan berkenaan.

“Perusahaan trak makanan bersaji antara sektor yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik Covid-19.

“Apabila diberikan kebenaran berniaga, ia tentunya khabar gembira buat kami yang sebelum ini hilang pendapatan kerana terpaksa menutup perniagaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pengusaha trak makanan, Datuk Azman Abdul Razak berkata, kelulusan MKN itu cukup memberikan kelegaan kepada mereka.

“Alhamdulilah, saya melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak berkenaan khususnya MKN Pahang kerana memberi peluang kepada kami untuk menjalankan perniagaan seperti biasa.

“Sebagai peniaga sudaj tentu kami akan mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MKN dan kerajaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN